MENITI HARI - Astaghfirullah Amalan Rasulullah, Penenang Jiwa, Pencetus Idea, Penyelesai Masalah. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan rakan-rakan yang meminta bantuan daripada penulis. Keajaiban ISTIGHFAR sambil menyebut 'Allah..' di dalam hati, dapat menyelesaikan pelbagai masalah tanpa dijangka.


Rasulullah SAW bersabda :
"Tidakkah engkau beristighfar?
Aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam
seratus kali."
(Ahmad, Ibn Majah, Hakim)


BORANG TEMPAHAN
Harga RM22 - termasuk penghantaran (ekspres)


"Untuk membaca SINOPSIS sila klik pautan di bawah"

> Klik Di Sini Untuk Membacanya <

Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum w.b.

Minggu ini umi buat pasaran di sekolah-sekolah. Alhamdulillah.. sambutan yang menggalakkan. Ada  sekolah yang berminat menjemput umi untuk memberi sedikit 'talk' dan motivasi kepada calon-calon PMR yang baru sahaja habis menduduki peperiksaan. Insya Allah.. umi akan gunakan peluang ini untuk berkongsi pengalaman umi dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini.

Tidak lupa juga, umi akan menekankan kepentingan beramal dengan amalan Astaghfirullah.. seperti yang kita amalkan dalam wirid selepas solat. Ini amalan Rasulullah.. jadi tidak ada sebab untuk kita tidak mengamalkannya pula.

Anak-anak umi nak tau tak.. hari ini umi dapat masej dari Tg Asmadi Tg Mohamad.. Dia belum sempat membaca novel umi lagi, tapi sekadar sempat membelek-belek isi kandungannya. Komen darinya, 'bagus'. Umi gembira sangat.. Umi harap beliau sudi untuk sama-sama memasarkan buku umi ini, insya Allah.

Hari ini.. umi nak kongsi sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi, "Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya (pada hari kiamat), melebihi akhlak yang baik." Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi

Maka berbuat baiklah kita sesama hamba Allah, terutamanya kepada orang yang lebih tua dari kita, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa kita.

Sekian, wassalam.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. syabas. semoga usaha yg murni akan membuahkan hasil. merujuk perbualan kita tempohari, bolehlah di panjangkan naskah yg hendak didermakan itu. Tidak perlu melalui apa2 prosedur..hanya sampaikan kepada yg bertanggungjawab. Perkara yg baik tidak perlu disusah2kan.

    ReplyDelete