MENITI HARI - Astaghfirullah Amalan Rasulullah, Penenang Jiwa, Pencetus Idea, Penyelesai Masalah. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan rakan-rakan yang meminta bantuan daripada penulis. Keajaiban ISTIGHFAR sambil menyebut 'Allah..' di dalam hati, dapat menyelesaikan pelbagai masalah tanpa dijangka.


Rasulullah SAW bersabda :
"Tidakkah engkau beristighfar?
Aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam
seratus kali."
(Ahmad, Ibn Majah, Hakim)


BORANG TEMPAHAN
Harga RM22 - termasuk penghantaran (ekspres)


"Untuk membaca SINOPSIS sila klik pautan di bawah"

> Klik Di Sini Untuk Membacanya <

Tuesday, August 23, 2011

Meniti Hari - Sinopsis

Rasulullah SAW bersabda : "Tidakkah engkau beristighfar?
 Aku beristighfar kepda Allah dalam sehari semalam seratus kali."
(Ahmad, Ibn Majah, Al-Darimi, Hakim, Ibn Hibban, al-Nasa'i)

BUKU ini ditulis berdasarkan kisah kehidupan penulis bersama-sama mereka yang berada di sekeliling penulis. Penulis menulis kisah kehidupan beliau bersama ayah tunggal dan adik-beradik selain kisah kehidupan penulis bersama 5 orang anak selepas kehilangan suami tersayang. Buku ini ditulis dalam bentuk novel dan testimoni orang-orang yang mendapat bantuan khidmat nasihat daripada penulis.

Penulis merupakan seorang balu yang terpaksa membesarkan 5 orang anak setelah kematian suami. Ketika suami penulis meninggal dunia, penulis mempunyai 4 orang anak yang berusia 2, 4, 6 dan 8 tahun, manakala anak bongsu penulis masih di dalam kandungan. Penulis berasal dari Batu Pahat Johor dan kini menetap di Kajang Selangor.

Penulis membesar bersama ayah dan 8 orang adik-beradik, setelah kematian ibu ketika penulis berusia 7 tahun. Ketabahan ayah yang sanggup hidup bersendirian membesarkan 8 orang anak sehingga kesemuanya berjaya dalam hidup, menjadikan penulis seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi kepayahan hidup ini. Ayah merupakan idola kepada penulis.

Penulis merupakan seorang yang rajin beramal dengan zikrullah, terutama ketika sedang memandu kenderaan. Antara zikir yang kerap menjadi amalan penulis ialah Subhanallah, Lailahaillallah dan Astaghfirullah.

Walaubagaimanapun melalui pengamatan penulis, apabila penulis berhadapan dengan masalah atau kepayahan hidup atau ujian daripada Allah SWT, hanya Astaghfirullah.. sahaja yang mampu memberi ketenangan dan menghilangkan keluh kesah di dalam jiwa penulis. Tambahan lagi jika Astaghfirullah.. itu dilafazkan sambil di dalam hati menyebut 'Allah..', fikiran negatif penulis akan secara automatik bertukar menjadi positif.

Daripada Abdullah ibn Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya syaitan dan Malaikat membisikkan ke dalam hati setiap manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Ada pun bisikan para Malaikat ialah mendorong manusia supaya berbuat kebaikan dan kebenaran. Maka barangsiapa mendapati sedemikian (berbuat kebaikan), ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah SWT. Dan bersyukurlah kepada Allah SWT." (HR Tarmizi)

Daripada Anas Bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di hati anak Adam dan apabila anak Adam itu menyebut Allah, dia terus menyingkirkan diri. Dan apabila anak Adam itu melupakan Allah, dikuasainya hati anak Adam itu semula."

Berpandukan dua hadis di atas, sahihlah bahawa apabila kita menyebut 'Allah..' di dalam hati, syaitan tidak dapat membisikkan perkara yang negatif ke dalam hati kita lagi. Maka yang tinggal hanyalah bisikan positif ataupun bisikan daripada malaikat.

Banyak lagi kupasan yang dapat dibaca dan dihayati serta difahami di dalam buku ini. Naskah ini ditutup dengan satu bab yang boleh dijadikan rujukan, bertajuk Himpunan Ayat al-Quran dan Hadis Pilihan.

Di samping itu, setiap kupasan yang dibuat oleh penulis, disertakan juga dengan nas-nas daripada al-Quran dan al-Hadis. Satu lagi bab yang sangat menarik untuk dibaca dan dihayati, diberi tajuk Doa Dari Hati, mengandungi panduan berdoa dan berzikir dengan berkesan serta penuh dengan doa-doa dari sudut hati.

Berdasarkan nilai ilmu yang ada di dalam buku ini, penulis mengambil penyunting yang berilmu untuk menilai dan melakukan suntingan fakta ilmiah, sebelum naskah ini dicetak.

Salah seorang penyunting buku ini merupakan seorang ustaz bertauliah iaitu Ustaz Mat Azid Kadir, lulusan UKM dan seorang lagi merupakan Prof. Falsafah Islam di UKM iaitu Prof. Dr. Idris Zakaria. Prof. Dr. Idris Zakaria juga merupakan penulis tamu di beberapa buah majalah berbentuk islamik selain salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk mengajak para pembaca beramal dengan Astaghfirullah. Kalau boleh setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap waktu.

Dalam sebuah wawancara di TV3, Ustazah Hasni Mansor pernah ditanya, sejauh mana kebenaran bahawa Astaghfirullah.. ini apabila diamalkan, boleh melembutkan hati. Jawapan daripada Ustazah Hasni Mansor sangat ringkas; "Just do it."

Melalui pengalaman penulis dan rakan-rakan yang meminta bantuan daripada penulis, jawapan itu sangat tepat. 'Buat sahaja', kita akan memperoleh pelbagai penyelesaian yang tidak kita duga. Kita akan melihat kesan dan perubahan dalam diri kita, diri anak-anak kita, keluarga kita dan sahabat handai kita, insya-Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda : "Semua hati boleh berkarat laksana besi yang berkarat. Untuk membersihkannya, dilakukan dengan istighfar." (Anas Bin Malik)

Akhirnya, penulis menyeru kepada para pembaca sekelian; "Marilah kita sama-sama beramal dengan Astaghfirullah..., sambil menyebut 'Allah..' di dalam hati."

Selamat membaca dan beramal.


Daripada : Umi Aiman / Halimah Muhayat


SELAMAT MEMBACA